Monday, 18 April 2011

Segalanya Ku Terima

25/09/2009 bersamaan 6 syawal-satu tarikh yg akan tetap bersemadi dan terpahat kukuh dlm sanubari. Tiada siapa yg dapat menduga apa yg telah tertulis sejak azali. Kita hanya merancang namun DIA yg menentukan. Ku terima segala takdir dan ketentuanNYA.

Segalanya begitu pantas dan berlaku dlm sekelip mata-tidak tercepat atau terlambat walau sesaat apabila tiba waktunya. Tak tahu macamana harus diceritakan perasaan ketika itu-antara percaya dan tidak, antara kenyataan yg seakan di awangan. Dalam kekalutan, cuba untuk mengumpul kekuatan yg tak tahu di mana.

Pemergian secara mengejut bagai merentap segala2nya-semangat, kekuatan, kebahagiaan, impian dan harapan yg hilang tiba2. Pelbagai kata2, nasihat dan pujukan yg ku terima tapi aku sendiri tak tahu apa sebenarnya yg ku rasa. Ku langkahkan kaki mengikuti jenazahnya tapi jiwa ku kosong sekosong-kosongnya. Apa yg akan berlaku selepas ini?

Rasa ingin marah dan menyalahkan keadaan menerjah jiwa dan mindaku di waktu itu. Ya Allah, ampunkan aku kerana mempertikaikan ketentuan ini. Aku kini sendiri........mampukah aku memikul segala tanggungjawab ini?

Perginya tanpa pesan dan dalam tawa serta senyum yg masih berbekas-berilah aku kesabaran dan kekuatan serta semangat yang maha tinggi. Mereka berkata, "Allah tidak akan menguji seseorang itu melebihi kekuatan dan kemampuan mereka." Kata2 perangsang dari seluruh keluarga dan rakan2-kamu harus kuat demi anak2 yg ditinggalkan. Kamu tidak boleh berhenti berharap dan patah semangat kerana hidup mesti diteruskan. Redha dan sabar serta yakin pasti ada hikmah yg tersembunyi.

Sehingga ke saat ini, aku masih dan ada waktu2nya teramat merindui segala2 kenangan indah bersamanya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. Aku masih memapah dan mengumpul semangat yg adakalanya seakan lelah utk ku teruskan. Semoga hari2 mendatang akan memberikan suatu perjalanan hidup yg lebih baik dr sebelumnya.

Jangan ditanya ttg hatiku kerana rasanya ianya telah terkunci dan mati serta telah bersemadi bersama dirinya. Hanya ketentuan dan takdir Illahi yg akan merubahnya. Tumpuan kini hanya utk membesarkan zuriat yg diamanahkan berserta dua ibu yg harus dijaga-ibu kandung dan ibu mertuaku yg menjangkau usia emas selagi masih berdenyutnya nadi mereka.

Satu harapanku agar aku tidak goyah dlm menghadapi setiap apa jua dugaan yg mendatang dan dikurniakan segala yg terbaik dlm segenap sudut kehidupan di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment