Seorang ibu tua dan terlantar tidak mengharapkan hamparan emas permata atau duit berjuta sebagai peneman sisa-sisa usia. Namun hanyalah secebis kasih sayang dan perhatian.
"Apa yg tidak aku berikan dan aku lakukan sepanjang menjaga dan membesarkan kalian? Tangan ini yg membelai, menjaga, menyuap makanan dan mendodoi serta membersihkan segala2nya?". "Apakah dosaku yg menyebabkan kalian membenci dan menghindar dariku sewaktu aku amat memerlukan walau secebis perhatian dan belaian?"
Seorang ibu tua sedar bahawa segala yang dilakukan adalah kerana amanah dan tanggungjawab. Bukan utk mengungkit jauh sekali utk meminta dibalas tapi cukup sekadar pengertian Sebesar mana pun dosa dan sejahat mana pun seorang ibu- dia tetap ibu yg melahirkan dan membawa kamu ke dunia. Sezalim mana atau sekejam mana seorang ibu di mata kasarmu, sedarlah keberkatan dlm hidup adalah dari doa seorang ibu.
Aku hanya terkesima dan sayu dalam setiap pertanyaan yg diluahkan-tidak mampu utk berkata2 dan hanya mampu utk memujuk. Ya Allah, hanya kau yg mampu membuka mata hati anak2 yg alpa dan leka dgn duniawi ini. Lupa akan tanggungjawab dan kasih sayang terhadap seorang ibu yg tak pernah putus berharap dan berdoa utk kebahagiaan dan kesejahteraan hidup anak2nya.
Ibu;
Dalam redup matamu yg sayu, kau adalah insan yg paling mulia di sisiNYA;
Kekuatan dan kecekalanmu tiada tolok bandingnya;
Menjadi pelindung dan peneman dlm segenap sudut kehidupan;
Kaulah permata termahal dlm dunia ini;
Semoga doamu akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup kami selagi adanya denyut nadi;
Amin ya rabbal alamin.....
No comments:
Post a Comment